Tuesday, July 22, 2014

RESEPI SALAD TELUR SEMUDAH 1,2,3 !!!

Mmg dah lame rase nyer nak berkongsi resepi yg pernah n slalu kite buat...tp ye lah ade jek rintangan dan halangan, heheheheh...ye la byk bende yg nak dikongsikan smp telupe nak post psl resepi ni. Nak kate diri ni pandai masak idak jgk ler...tp klau sket2 tu bole la..
insyallah akan berusaha tuk cube resepi2 baru lg lps ni.

So, resepi yg pertame ni adalah "RESEPI SALAD TELUR SEMUDAH 1,2,3"
haaa...ko hado?? tajuk resepi pon dah meletops uollss..rugi klau tak cube ek...
ok la resepi ni bukan saje sesuai tuk mereka2 yg takde mase nak masak susah2 tu but also for uollss yg nak berdiet tu...hopefully this recipe akan jd one of your fav one after this...insyallah ye..jom kite tgk bahan2 and cara nak wat resepi ni..

Bahan-bahan:

2-3 biji telur(tuk mkn sorang 2 biji telur cukup)
salad (ikut suka hati nak byk mane)
black pepper (klau nak pedas letak byk)
mayonis (ikut suka nak letak byk or sket)
thousand island (ikut suka nak letak atau tak)
sos cili (klau nak pedas letak byk)

Cara-cara:

1. Rebus telur dan kupas kulitnya. Kemudian belah telur kpd 4 bahagian 
(ikut suke hati uolls la nak belah berape ye)
2. Bersihkan daun salad dah potong kecil-kecil
3. Susun daud salad dan telur tadi ke dlm pinggan
4. Taburkan serbuk black pepper, mayonis, thousand island dan sos cili ke atas daun salad dan telur td. Kemudian gaulkan semua bahan td.

Ok...dah siap!!!! Dah bole mkn dah (klau nak masuk peti sejuk dlu pun bole)


Thank U sudi baca...nnt kite kongsi resepi lain pulak ok...
tatatititutu....

Saturday, July 19, 2014

PRAY FOR MH370 & MH17

Pada 8 March 2014 dunia telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Malaysia menjadi tumpuan mata dunia dengan kes kehilangan pesawat Boeing 777 ini dan sehinggan kini masih menjadi tanda tanya dan misteri yang belum dirungkai.  

Pesawat MAS MH370 yang membawa 239 bilangan penumpang (227 penumpang dan 12 krew penerbangan) telah berlepas dari KLIA pada 8 March 2014 @ 12.40 tengah malam. Kapal terbang ini dijangka tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu Malsysia. Namun demikian pada 8 March 2014 @ 1.30 pagi (waktu Malaysia) pesawat malang ini telah hilang dari radar.

LOKASI TERAKHIR MH 370 DIKESAN


Pada hari ketujuh belas kejadian tersebut, Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan bahawa pesawat MAS MH370 telah berakhir di Lautan Hindi berdasarkan data-data yang diperolehi daripada INMARSAT and AAIB.

Berbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak dalam menjejaki pesawat ini, namun sehingga kini masih tidak ditemui dan usaha masih diteruskan.

KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT MH370
 
Dan pada 17 July 2014 dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian pesawat MAS MH17 yang dilaporakan telah jatuh terhempas di sempadan antara Ukraine dan Rusia.
 Pesawat MH17 ini berlepas dari Amsterdam pada 12.15pm (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba ke KLIA pada 6.10am (waktu Malaysia) keesokkan harinya. Pesawat itu dipercayai telah ditembak selepas 4jam berlepas dari Amsterdam. Pesawat malang ini membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dan semua penumpang dilaporakan telah terbunuh.


 Sebagai rakyat Malaysia kite juge merase sedih dengan kejadian yang menimpa...semoge semua keluarga, sahabat dan sanak-saudara bersabar dengan ujian Allah ini.... 
 

# SAHABAT SEKALIAN JGN LUPE JUGA UTK MENDOAKAN 
SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN#
   
-THE END-

Thank You for reading

HAPPY 3rd ANNIVERSARY !!!!

Pada 4 Jun 2014 yang lalu genap lah 3 tahun usia perkahwinan aku and my lovely sista Farhana....Alhamdulillah. Banyak pengalaman pahit and manis yg telah ditempuhi selama tempoh 3 tahun ni. Ye la uolls...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Dalam tempoh ini juga kami byk belajar memahami perangai masing2. Bak kata org, dalam awal2 umur perkahwinan ni byk cabaran dan dugaan yg perlu dilalui pasangan yg baru membina rumah tangge ni...ye la mane tak nyer mase mule2 kawin kite kne ubah cara hidup kite, klau dulu tido sorang, mkn sorang, jejln sesorang...tp lepas kawin tido berdue, mkn berdue, jln berdue..pegi mane2 atau buat ape2 mesti berdue la...

And lg satu bukan kate mase kawin jek byk pkai duit tp lps kawin pun kne byk pkai duit..ye la mase tu la nak cari rumah sewa la...atau nak beli rumah la and then lps tu nak beli brg2 rumah, nak renovate rumah la...ishh..mcm2 lg la....(bg mereka yg tinggal di umah mertue mcm aku ni mmg bersyukur ya amat la...ye la dah save budget kat situ, heheheh...) tp tak semestinyer korang jd kedekut tahi hidung masin lak...kne la bantu keluarga mertue jgk..ye la contohnyer keluar la duit sket beli brg2 dapur ke, byr bil2 yg patut ke..ni dah la dok free sume pon nak free..hah tak baik gitu k....be nice to your family tak kire la family kite or family mertue insyallah...hidup kite lebih diberkati...amin....

ok la malas nak bebel panjang2..jom tgk doa yg bole kite semu amalkan khas utk uollss yg dah berumah tangge..insyallah rumah tangge kite akan lebih bahagie insyallah sehingga ke syurga hendaknye......





 -THE END-

Selamat Beramal..Thank U sudi baca





Saturday, July 12, 2014

BIRTHDAY CELEBRATION MR HUBBY & ME



Syukur Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah krn engkau telah memanjagkan usia kami agar kami lebih lama mentaatiMu. Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kami dapat mengutip hasilnya. 
Ya Allah tambahkanlah amalan kami disaat bertambahnya usia kami. Jadikanlah cahayaMu yg bersinar, menyinari jalan kami. Rehat kami adalah rantaiain zikir, rantai yg kami kalungkan di leher kami, sebagai tanda cinta kami kepadaMu.
Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usaha kami mencari haruman syurga ciptaanMu, tempat rehat dan nikmat abadi...
Amin..Yarabbal'alamin...


13 Januari 2014 - Birthday Mr. Hubby 



 16 Jun 2014 - My Birthday (thank u Hubby buat surprise on that day)



 Birthday Celebration - Angah, Hafiz n Me



THE END

thank u sudi bace !!!





OH SIRIM !!!!!


Sape yg x kenal dgn SIRIM...cube angkat tgn....herm bg mereka yg x knl tu mmg x tau la dok kat negara mane kan...ok la by the way mesti korang tertanye2 knp lak aku ni sibuk dok tny psl SIRIM ni..ape kesss!!!
Untuk pengetahuan korang sume sejak mule bertugas di Program Perubatan KKM aku mmg diletakkan di Unit MS ISO di Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan..hah amik ko...ape bende nyer tu kan...takpe la buat2 paham je la. kang nak citer pasal cawangan ape bende nyer tu mau satu hari x habis citer kan...dipendekkan citer cawangan kualiti ni basically bertanggungjwb menjaga and memantau perkara2 berkaitan dgn kualiti di hospital2 KKM and dlm cawangan tu sendiri ade bebrapa unit lg dan salah satu nyer unit aku la...ok faham ye ank2 murid sekalian,heheheheheh....

Aku dah berkhidmat di Unit MS ISO ni lebih dr 2 tahun, so dah byk pengalaman berkaitan dgn ISO ni yg aku dapat...ade pengalaman manis, pahit, masam dan lain-lain lagi,huhuhuhu...

Tahun 2014 merupakan tahun yg amat mencabar bg aku n team sbb tahun ni Program Perubatan menjalani Audit Pensijilan Semula (Recertification Audit) iaitu audit untuk memperbaharui sijil yg sedia ada (tuk pengetahuan semua Pensijilan Semula akan diadakan 3 tahun sekali tapi tiap tahun SIRIM juga akan dtg tuk pemantauan - Audit Survelan name nyer).

Audit Pensijilan Semula telah berjln dgn jaye nyer di Program Perubatan pd 18-20 Jun 2014 yg lalu....and keputusan hasil drpd audit yg dijlnkan oleh pihak SIRIM amatlah baik...alhamdulillah....segala usaha, penat lelah membanting tulang 4 kerat ni...mak aiii mcm kerja kat bendang pulak...hasil nyer cukup menggembirakab hati semua org...syukur Ya Allah...

Diharapkan dgn kejayaan mengekalkan sijil ini dpt lah membantu Program Peruabatan meningkatkan lagi perkhidmatan yg diberikan kpd pelanggan2 kami....
nnt klau ade mase aku akan citer lebih panjangg psl MS ISO ni...ok..


thank u sudi bace...
sblm tu jom layan gambar2 yg sempat aku ambik ms audit aritu

1st Day - Mesyuarat Pembukaan Audit




2nd Day - Audit di CKPP and cawangan2 lain





3rd Day - Mesyuarat Penutup Audit 




THE END

CONGRATULATION MY LOVELY COUSINS !!!


Bulan Mei & Jun 2014 yg lepas merupakan tarikh yg bersejarah buat sepupu2 ku...
akhirnya mereka juge telah menamatkan zaman bujang mereka...alhamdulillah....huhuhuh cam x caye je dah besau sepupu2 aku ni ingt dlu mase kecik2 main same2, gi sekolah same2....
Majlis pernikahan dan majlis resepsi kedua-dua pengantin berjln dgn lancar dan meriah dihadiri semua ahli keleuarga dan rakan-rakan.
Semoga ikatan yg murni akan berkekalan hingga ke Jannah...amin...

Jom layan gamba2 yg mavelosssss n meletopsss ni...

24 Mei 2014 - Majlis Pernikahan Mohd Hafiz dan Diana di Rembau, Negeri Sembilan 



7 Jun 2014 - Majlis Pernikahan Rafidah dan Faizul di Kg. Pantai Belimbing. Melaka




8 Jun 2014 - Majlis Resepsi di Dewan Durian Tunggal







Ok....meletopsss tak uolls.....utk pengetahuan semua make-up pengantin2 di atas adalah dr 
ASTELLA BRIDAL dan photographer adalah dr PHOTOPELIK PRODUCTION
Klau ade sesape yg berminat bolehlah lawati faceook dieorg spt kat bawah ni..kat situ nnt ade nombor contact dieorg....ok


THE END

Thank u sudi bace..... ;)

Wednesday, July 9, 2014