Thursday, February 1, 2018

Happy Bornday MHR !!!!

13 January 2018
@ Home sweet home








Happy Birthday Mr Hubby, may Allah bless u always,
May success be with u,
Be Happy and May all ur dreams come true !!!!

Love u to the moon and back
from ur wifey




Majlis Perpisahan PPP

9 Januari 2018
@ Dewan Serbaguna, KKM

Congratulation to our PPP, telah dinaikkan pangkat TKPK (KA)!!!







Thank you for reading ;)


Tuesday, January 2, 2018

Welcoming 2018

31.12.2017
@ Presint 3, Putrajaya

Happy New Year to all !!!

"Be at war with your vices, at peace with your neighbors, and let every new year find you a better man."- Benjamin Franklin

"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow." - Albert Einstein

Just sharing a few pictures during the New Year, thank you for reading ;)




 







------The End------


BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR

25 December 2017
Hulu Selangor

Memandangkan cuti yang panjang hujung minggu lepas, 2 hari berkurung di rumah, tak pergi mana2 just spending our time with ank2 bulus, so cuti krismas Mr Hubby ajak pergi Hulu Selangor.
Actually Mr Hubby ada appointment dgn orang kat sana, so he decided we went to Bukit Malawati first. Memandangkan juga si isteri nyer tak pernah pergi ke sana and tak tau ape yg ade kat bukit tu jadi bagus juge la die bawa isteri nyer yg tersyg ni...hehehehehehe...

So lets us google a little bit about Bukit Melawati di Hulu Selangor ni..ape benda yg menarik nyer kat sana and what was the history.

Bukit Malawati atau Malawati Hill terletak di pekan pantai Kuala Selangor, 30 minit kalau memandu dari Kuala Lumpur. Pada akhir abad ke-18, Sultan Selangor yang kedua mempunyai kubu yang dibina di Malawati Hill untuk melindungi negara daripada penceroboh. Raja Lumu, seorang putera Bugis menjadi Sultan pertama pada tahun 1766. Raja Lumu membina sebuah kubu di sebuah bukit yang terletak di kedudukan strategik yang mengingati laut dan menamakannya Kota Melawati. 

Mengikut sejarah, Bukit Malawati pernah ditakluk oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abd. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. 

Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Lokasi: Pekan Lama Kuala Selangor

Tarikan: 
  • Tempat peninggalan sejarah - Pemerintahan Kesultanan Selangor yang 1 sehingga yang ke-3
  • Batu Hampar - terletak di pintu masuk kota Malawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5x5x2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.
Batu Hampar
  • Perigi Beracun - air perigi dikatakan berisi racun, iaitu hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. airnya diisi hingga ke paras dagu penderhaka dan dijadikan tempat penyeksaan kepada penderhaka.
Sumber Gambar from Mr Google - Perigi Beracun


  • Makam Diraja (3 sultan Selangor yang pertama) - Makam Diraja Selangor terdiri daripada tiga makam Sultan Selangor iaitu Sultan Selangor Pertama, Sultan Salahuddin (1742-1778), Sultan Selangor Kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826) dan Sultan Selangor Ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857).
  • Muzium Sejarah Kuala Selangor - Muzium ini menghimpunkan segala pensejarahan berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran Negeri Selangor terawal selain menyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766. 
Sumber gambar from Mr Google- Muuzium Sejarah Kuala Selangor 
  • Muzium Permainan Tradisional 
Sumber gambar from Mr Google - Muzium Permainan Tradisional
  • Rumah Api - Terletak di atas Bukit Malawati dan menghadap ke laut Selat Melaka. Rumah api ini dibuka pada 1907 oleh penjajah British, berdekatan dengan muara Sungai Selangor. Tinggi rumah api ini adalah 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer. Lampu cerah akan berpusing dan berkelip dua kali setiap 15 saat. Pada awalnya, lampu ini menggunakan minyak tanah dan generator kemudian dijana dengan kuasa elektrik kerana lebih bersih dan jimat. Rumah api ini menjadi petunjuk kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor. Mulanya rumah ini dinamakan 'Rumah Api Altingsburg' sempena nama seorang Gabenor Belanda kerana Belanda pernah berkuasa ketika itu dan Belanda mengumpul bijih timah dari Selangor dan Perak. Ia dibina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasmi pada 1910. Sejarah rumah api di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan Inggeris dan dari tahun 1826, rumah api di pesisiran pantai negara dikenali sebagai 'The Straits Settlements Lighthouse'.
Rumah Api
  • Baituhilal (tempat melihat anak bulan) - Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.
Sumber gambar from Mr Google - Baituhilal
  • Busut Malawati - terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung (tapi tak perasan pula busut ni mase kat sana)
  • Kota Malawati - Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.
  • Tangga Seratus - Nama yang diambil daripada bilangan anak tangganya yang berjumlah 100. Tangga ini diperbuat daripada batu granit merupakan laluan utama untuk ke pintu kota istana. Pada zaman dahulu, terdapat Pangkalan Batu Buruk di bawah tangga ini yang menjadi tempat sampan, perahu dan kapal berlabuh.
Sumber gambar from Mr Google - Tangga Seratus
  • Meriam 3 Sederet - Berdasarkan sejarah, terdapat 102 meriam milik kerajaan Selangor ketika itu, tetapi sebanyak 68 buah telah dirampas oleh Belanda. Kemudian, sebahagian daripada meriam itu sempat dibawa lari oleh Sultan Ibrahim ke Bukit Raja, Permatang. Atas sebab itu, ketika ini hanya tinggal beberapa buah meriam di atas Bukit Malawati. Meriam ini dikatakan adalah meriam buatan tangan orang Melayu, malah reka bentuknya ada persamaan dengan meriam 'Tok Bedil' yang terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kampung Sungai Pinang, Kelantan.
  • Meriam Penggawa - Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.
Sumber gambar from Mr Google - Meriam Penggawa
  • Bukit Belanda - Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.
  • Pemandangan Selat Melaka 




  • Bermain dengan monyet (yang ni pengunjung paling suka) 



Perkhidmatan Trem juga disediakan untuk pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Trem ini akan membawa pelancong mengelilingi kawasan Bukit Malawati. 

Sumber gambar from Mr Google - Perkhidmatan Trem

Thank You for Reading ; )

Happy Bornday MHR !!!!

13 January 2018 @ Home sweet home Happy Birthday Mr Hubby, may Allah bless u always, May success be with u, Be ...