Pada 8 March 2014 dunia telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Malaysia menjadi tumpuan mata dunia dengan kes kehilangan pesawat Boeing 777 ini dan sehinggan kini masih menjadi tanda tanya dan misteri yang belum dirungkai.
Pesawat MAS MH370 yang membawa 239 bilangan penumpang (227 penumpang dan 12 krew penerbangan) telah berlepas dari KLIA pada 8 March 2014 @ 12.40 tengah malam. Kapal terbang ini dijangka tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu Malsysia. Namun demikian pada 8 March 2014 @ 1.30 pagi (waktu Malaysia) pesawat malang ini telah hilang dari radar.
LOKASI TERAKHIR MH 370 DIKESAN |
Pada hari ketujuh belas kejadian tersebut, Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan bahawa pesawat MAS MH370 telah berakhir di Lautan Hindi berdasarkan data-data yang diperolehi daripada INMARSAT and AAIB.
Berbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak dalam menjejaki pesawat ini, namun sehingga kini masih tidak ditemui dan usaha masih diteruskan.
KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT MH370 |
Dan pada 17 July 2014 dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian pesawat MAS MH17 yang dilaporakan telah jatuh terhempas di sempadan antara Ukraine dan Rusia.
Pesawat MH17 ini berlepas dari Amsterdam pada 12.15pm (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba ke KLIA pada 6.10am (waktu Malaysia) keesokkan harinya. Pesawat itu dipercayai telah ditembak selepas 4jam berlepas dari Amsterdam. Pesawat malang ini membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dan semua penumpang dilaporakan telah terbunuh.
Sebagai rakyat Malaysia kite juge merase sedih dengan kejadian yang menimpa...semoge semua keluarga, sahabat dan sanak-saudara bersabar dengan ujian Allah ini....
# SAHABAT SEKALIAN JGN LUPE JUGA UTK MENDOAKAN
SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN#
-THE END-
Thank You for reading
No comments:
Post a Comment