16 Mei 2017, Ipoh - Sambutan
World Hand Hygiene Day & Seminar Kawalan Infeksi Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 16 Mei 2017 di Auditorium, Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Majlis adalah anjuran bersama Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM.
Tema sambutan
World Hand Hygiene Day pada tahun ini adalah "
Fight Antibiotic Resistance: Its In Your Hands". Objektif sambutan adalah memperkukuhkan aktiviti kawalan infeksi dan menekankan kepentingan amalan
Hand Hygiene di kalangan anggota kesihatan dan orang awam dalam mengawal jangkitan.
Disamping itu, Anugerah
Hand Hygiene Champion 2016/2017 bagi peringkat Kebangsaan dan Negeri Perak telah disampaikan kepada hospital - hospital berikut;
- Hospital Tengku Ampuan Afzan - Hand Hygiene Champion Peringkat Kebangsaan bagi kategori Hospital Negeri
- Hospital Likas - Hand Hygiene Champion Peringkat Kebangsaan bagi kategori Hospital Berpakar
- Hospital Baling - Hand Hygiene Champion Peringkat Kebangsaan bagi kategori Hospital Tanpa Pakar
- Hospital Seri Manjung - Hand Hygiene Champion Peringkat Negeri Perak bagi kategori Hospital Berpakar
- Hospital Batu Gajah - Hand Hygiene Champion Peringkat Negeri Perak bagi kategori Hospital Tanpa Pakar.
|
Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan |
|
Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Likas |
|
Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Baling |
|
Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Seri Manjung |
|
Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Batu Gajah |
Pemilihan
Hand Hygiene Champion ini adalah berdasarkan pencapaian survelan
Hand Hygiene dan kawalan infeksi sepanjang tahun 2016/2017.
Tahniah kepada semua Jawatankausa yang terlibat !!!!
Jom layan video ni...unik persembahan tarian Hand Hygiene dari Hospital Seri Manjung
No comments:
Post a Comment