Wednesday, May 31, 2017

PENGALAMAN NEUTER KUCING

Salam everyone,

Dalam bulan lepas ada hantar kucing untuk neuter di vet.
Ya Allah hanya Allah je yg tahu mcm mane perasaan ni...
Perasaan mak2 yg risau kalau ank nak masuk bilik operation theater..hah mcm tu la :(

Knp kita perlu hantar kucing utk neuter??
Mula2 mmg tak faham juge knp perlu neuterkan kucing..tp after readings and consult vet baru tahu kebaikan neuter ni...
So kebaikan neuter kan kucing / anjing ni adalah;
  1. Utk menjaga kebajikan kucing / anjing - tahukah kita lambakan kucing / anjing jalanan disebabkan sikap manusia yg tidak bertanggungjawab. Masa kucing / anjing tak byk mungkin kita boleh jaga..tapi lps dia membiak (kucing / anjing membiak sgt pantas ye) bukan semua org boleh menjaga mereka2 dlm jumlah yg byk...so akibat nyer manusia yg tak bertanggungjawab akan membuang mereka..klau tak buang pun maybe just simply biarkan mereka berkeliaran. And bile kucing / anjing membuat masalah di kejiranan la contoh nyer...so mungkin tuan / jiran akan buang mereka ke tmpt lain. Kesian kucing / anjing tu..mereka tak bersalah..yg bersalah tuan nyer la!!!!! I hate this kind of people..please be responsible!!!
  2. Meningkatkan taraf kesihatan kucing / anjing -meningkatkan tahap imunasi kucing terhadap penyakit. Contohnyer kucing jantan yg dineuter, mempunyai risiko yg lebih rendah utk menghidapi testicular cancer or prostate disease. And bg kucing betina pula mengurangkan risiko menghidapi mammary, ovarian and uterine cancer. Neuter juga akan mengurangkan kucing / anjing dr stress!!! Especially kucing jantan / betina bila mereka sampai tahap matang and ingin mencari pasangan. Mase tu bukan kate kucing / anjing je stress, dgn tuan2 nyer pun stress. Bagi kucing jantan...mereka akan mule spray merata2 (u know what i mean) and yg betina akan mula buat bising even yg jantan juge...mmg ler stress tuan nyer kan...So bagi kucing yg dah dineuter mereka tidak akan ade symptoms2 spt diatas.
Mengikut pandangan islam mengenai mengembiri binatang peliharaan;

JAKIM memberi fatwa untuk memandulkan kucing adalah harus. Untuk mengikuti pandangan mazhab :
  1. Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.
  2. Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.
  3. Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses mengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).
  4. Ulama Hanbali pula mengharuskan mengkasi kambing untuk mengelokkan dagingnya. Dikatakan: Makruh mengkasi kuda dan haiwan lain.
  5. Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.
Terdapat beberapa pandangan ulama’ yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat manafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syeikh Muhammad ibn Sholeh al Uthaimin (Angggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi dan pakar fiqh abad ini ) pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh jika tidak ada orang yang ingin membelanya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-
“Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta” Seterusnya Syeikh ibn Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan.
So people...for those yg byk kucing or anjing and rase tak mampu utk menjaga mereka bile jumlah mereka semakin ramai...please, please, please consider to neuter them...Jangan jadi manusia yg tidak bertanggungjawab sekadar hanya membela tp tidak menjaga kebajikan kucing or anjing..and the worst part ialah tidak menjaga kebajikan jiran tetangga yg lain...
Jackie yg dah dineuter

Jerry yg dah dineuter
Sayang pun dah dineuter

Tq for reading ;)

Monday, May 29, 2017

Ramadhan 2017

Assalammualaikum,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menyambut Ramadhan tahun ni..



Friday, May 26, 2017

5 tahun telah berlalu...

26.5.2012

Semoga arwah abah tenang disana
Semoga arwah abah dtempatkan dikalangan org2 beriman
Al-fatihah....




Thursday, May 25, 2017

4th National Wound Care Conference 2017

HELLO EVERYONE 😊🙋 !!!!

National Wound Care Committee & Infection Control Unit, Medical Care Quality Section, Medical Development Division, MOH Malaysia in collaboration with Aesculap Academy & Kelab Ortopedik Darul Naim (KODANA) are pleased to invite you to the 4th National Wound Care Conference which will take place on 18-20 July 2017 in Everly Hotel, Putrajaya.

The theme for the conference this year is 
"Wound Care Integration: The Way Forward".
For more details regarding the conference, please refer the flyers provided 👇.




We are looking forward to see you there!!😊🙋

SAMBUTAN WORLD HAND HYGIENE DAY & SEMINAR KAWALAN INFEKSI PERINGKAT KEBANGSAAN 2017



16 Mei 2017, Ipoh - Sambutan World Hand Hygiene Day & Seminar Kawalan Infeksi Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 16 Mei 2017 di Auditorium, Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.


Majlis adalah anjuran bersama Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM.


Tema sambutan World Hand Hygiene Day pada tahun ini adalah "Fight Antibiotic Resistance: Its In Your Hands". Objektif sambutan adalah memperkukuhkan aktiviti kawalan infeksi dan menekankan kepentingan amalan Hand Hygiene di kalangan anggota kesihatan dan orang awam dalam mengawal jangkitan.


Disamping itu, Anugerah Hand Hygiene Champion 2016/2017 bagi peringkat Kebangsaan dan Negeri Perak telah disampaikan kepada hospital - hospital berikut;

  1. Hospital Tengku Ampuan Afzan - Hand Hygiene Champion Peringkat Kebangsaan bagi kategori Hospital Negeri
  2. Hospital Likas - Hand Hygiene Champion Peringkat Kebangsaan bagi kategori Hospital Berpakar
  3. Hospital Baling - Hand Hygiene Champion Peringkat Kebangsaan bagi kategori Hospital Tanpa Pakar
  4. Hospital Seri Manjung - Hand Hygiene Champion Peringkat Negeri Perak bagi kategori Hospital Berpakar
  5. Hospital Batu Gajah - Hand Hygiene Champion Peringkat Negeri Perak bagi kategori Hospital Tanpa Pakar.

Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan

Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Likas

Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Baling

Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Seri Manjung

Pengarah Perkembangan Perubatan menyampaikan hadiah kepada Pengarah Hospital Batu Gajah


Pemilihan Hand Hygiene Champion ini adalah berdasarkan pencapaian survelan Hand Hygiene dan kawalan infeksi sepanjang tahun 2016/2017.



Tahniah kepada semua Jawatankausa yang terlibat  !!!!



Jom layan video ni...unik persembahan tarian Hand Hygiene dari Hospital Seri Manjung




Tuesday, May 23, 2017

Masih Bernyawa....

Salam everyone...

Wahhh tidak disangka2 blog masih bernyawa...(nasib ingat lagi password)
Tiba2 rasa nak mula menulis semula dlm blog ni...
Entah maybe minat menulis datang 3 ke 4 tahun sekali je kot...hehehehe...
Erm..kalau ikutkan mmg byk benda nak update ni..tp tgk la mood, klau rajin akan try to update klau mood malas..tunggu la lagi 3 tahun kot...hehehe...


Happy Bornday MHR !!!!

13 January 2018 @ Home sweet home Happy Birthday Mr Hubby, may Allah bless u always, May success be with u, Be ...